Tuesday, September 20, 2011

Coursework DAS 12102 - Section 1 & Section 2

PERLANJUTAN TEMPOH PENILAIAN PENGAJARAN STAF AKADEMIK DAN KURSUS SEMESTER I SESI 2011/2012

Penilaian Pengajaran Staf Akademik Dan Kursus Semester I Sesi 2011/2012 telahpun dijalankan oleh Pusat Pembangunan Akademik (CAD) bermula daripada 5 September 2011 hingga 19 September 2011. Proses penilaian ini telah dilaksanakan secara atas talian melalui capaian http://spark.uthm.edu.my.

Sehubungan dengan itu, bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang belum berkesempatan untuk membuat penilaian dan mempunyai masalah penilaian disepanjang tempoh penilaian tersebut, CAD memutuskan untuk memberi tempoh lanjutan sehingga 23 September 2011.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan pelajar-pelajar PPD untuk membuat penilaian bagi membolehkan mereka membuat pra pendaftaran kursus bagi semester II sesi 2011/2012.